Bila
scroll aje facebook banyak betul iklan-iklan produk pelangsingan badan. Ada
yang kurus guna cara detox, telan pil , produk yang membersihkan usus. Ada juga
yang tampal pun boleh tak kurang juga cuma spray sahaja. Menjadi ke tidak aku
tak tahulah tapi respon daripada yang guna macam ok je. Kadang-kadang tu
tergerak jugak hati nak pm je pengiklan2
tu semua. Maklumlah perempuan, memang
tak lari dari benda-benda nie semua. Dah lumrah manusia, semua nak cantik semua
nak kurus.
Tapi tahu
tak kita menurut kajian perempuan nie susah nak kurus tapi senang pula nak
gemuk. Kenapa?? Salah satu sebabnya adalah metabolisma.Secara genetiknya
perempuan mempunyai lebih banyak enzim penyimpanan lemak berbanding lelaki yang
mempunyai lebih banyak enzim pembakaran lemak.
Pada masa
dahulu bentuk badan yang ramping bukanlah satu keperluan. Lelaki perlu lincah
dan pantas untuk memburu makanan. Jadi kadar enzim pembakaran lemak lelaki
adalah lebih tinggi. Berbanding dengan perempuan yang secara genetiknya akan menyimpan lemak untuk meneruskan
kelangsungan hidup dan menjaga anak-anak. Perempuan dicipta untuk mengumpul
sebanyak mana lemak yang mungkin dan
tidak akan kehilangan lemak tersebut walaupun melahirkan anak, menyusu badan
dan mengandung. Estrogen dalam badan kita juga akan menyebabkan enzim
penyimpanan lemak berganda menyebabkan berat bertambah disekitar punggung dan
paha. Diet yang salah dengan berlapar akan menyebabkan enzim pembakaran lemak
kita juga berkurang sebanyak 50%. Secara amnya Kita perempuan dicipta untuk
survive bukannya untuk nampak cantik.
Tapi
dengan berlalunya masa , situasi mula berubah. Pengaruh media sosial
terutamanya telah menjustifikasikan bahawa perempuan yang cantik adalh
perempuan yang cantik dan kurus dan lelaki perlulah berotot.Disebabkan
idea-idea yan ditanamkan kepada kita inilah semakin ramai yang berlumba-lumba
untuk menguruskan badan. Fenomena ini bukanlah sesuatu yang buruk tetapi adakah
cara yang digunakan adalah selamat?? fikir-fikirkanlah...
p/s: nasihat tuk batang hidung sendiri jugak
No comments:
Post a Comment