Tuesday, March 31, 2015

Freshie's HIgh School part 1



       
        Aon, Nathalie, Bo, Nan dan Dream adalah sekumpulan pelajar perempuan yang nakal bersama-sama dengan beberapa kawan lelaki seperti Ong, Tim dan Art. Mereka semua belajar di kelas yang sama iaitu 6E. Mereka selalu menjadi masalah kepada pihak sekolah. Rye merupakan seorang pelajar lelaki yang ditinggalkan ibunya sejak berumur tujuh tahun. Dia tinggal bersama ayahnya En. Aran seoran pelakon terkenal. Rye selalu berpindah sekolah kerana selalu bergaduh dengan rakan sekolahnya.Hari itu, sekali lagi dia dibuang sekolah kerana menumbuk 3 orang pelajar hingga pengsan. Ayahnya terpaksa mencari sebuah sekolah baru.

        Semasa ingin mendaftar di sekolah baru iaitu disekolah yang sama Aon dan rakan2nya belajar, ayah Rye hampir melanggar Aon. Aon yang marah menendang kereta En. Aran.Rye diterima masuk disekolah itu dan ditempatkan di kelas 6E.

        Aon dan kawan-kawannya suka membuli guru-guru di sekolah dengan pelbagai cara. keran itu, pengetua  sekolah itu terpaksa meminta seorang guru untuk menjadi guru penasihat kelas itu.Beberapa hari kemudian cikgu Yani tiba dan dia telah terserempak dengan Aon dan kawan perempuanya sedang memanjat keluar pagar sekolah.Aon telah memberikan cikgu Yani 50 bath untuk mengawasi keadaan sekitar .

        Selepas melaporkan diri, keesokkannya dia telah pergi ke kelas 6E untuk mengajar. Aon menyangkakan cikgu Yani adalah ibu kepada pelajar kelasnya.Selepas memperkenalkan diri sebagai guru, Aon mula mencari helah dan telah melekatkan gula2 getah pada baju cikgu YaniCikgu Yani memberikan cadangan kepada pengetua supaya murid kelas 6E menjadi pengacara radio di sekolah. Semua pelajar kelas 6E mengambil bahagian kecuali Aon dan Rye.Cikgu Yani telah mengambil keputusan supaya Aon dan Rye menjadi pasangan yang bertugas.

        Jeff adalah pelajar lelaki yang meminati Aon tetapi tidak dilayan.Jeff telah memberikan Aon coklat tetapi Nathalie telah mengambil coklat itu dan memberikannya kepada Rye. Jeff yang nampak coklat itu berada di tangan telah mencari gaduh dengan Rye. Rye yang tidak dapat menahan sabar menumbuk Jeff tetapi terkena Aon yang mencelah pada ketika itu. Rye meminta maaf kepada Aon.

        Keesokkannya Jeff menggelar Rye pondan kerana hanya pandai menumbuk perempuan . Rye hilang sabar dan menumbuk Jeff hingga pengsan. Aon dan kawan2nya menyaksikan kejadian itu. Selepas pulang ke rumah Rye marah kepada teman wanita ayahnya kerana memakai baju ibunya . Dia teah pergi kerumah lama mereka . Rye tidak pulang kerumah dan tidak hadir ke sekolah selama beberapa hari. Ini menimbulkan kerisauan kepada cikgu Yani.

        Nathalie dan Aon telah pergi ke kedai VCDdan Nathalie telah mencuri VCD disitu.Malangnya mereka ditangkap dan dibawa ke balai plis. Ibu Nathalie telah menjamin Nathalie dan Aon tidak dapat dibebaskan kerana ibu bapanya telah pergi ke luar negara.Nan yang tahu kejadian itu telah menelefon cikgu Yani Cikgu Yani membebaskan Aon dan mencari Rye di kelab tempatnya menyanyi. Rye bersetuju untuk kembali kesekolah setelah dipujuk.

        Esok merupakan hari Rye dan Aon bertugas. Mereka telah bertengkar semasa mengacarakan radio tersebut dan malangnya disiarkan di seluruh sekolah.Cikgu Yani telah menubuhkan kelab muzik dan kerana kejadian yang tidak disangka cikgu Yani telah meletak jawatan. Cikgu Yani dan pengetua telah berjanji untuk mengadakn konsert jika pelajar kelas 6E lulus semua matapelajaran. Mereka semua lulus dan pengetua telah membenarkan mereka mengadakn konsert sekaligus menrima kembali cikgu Yani.

        Selepas konsert mereka telah dihantar oleh pengetua ke sebuah pulau.Disini terdapat puak pondan diseberang bukit. Jeff dan Jaja telah ditangkap. Aon Rye dan kawannya cuba menyelamatkan mereka tetapi gagal. Mereka semua telah diselamatkan oleh cikgu Yanidan ketua puak yang bertanggungjawab menjaga mereka.

        Disinilah bermulanya episod percintaan Rye dan Aon. Kif , bintang sekolah yang menyukai Rye mengundurkan diri setelah menyedari Rye dan Aon saling menyukai.

        Rye telah terlibat dengan kumpulan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak polis. Disekolah Rye dan kumpulanmereka menyertai pertandingan muzik. Penjenayah itu ingin menangkap dan membunuhnya.Rye telah nekad pergi bertanding dengan mengambil risiko.Ayahnya pergi bersama demi keselamatannya. Disekolah penjenyah itu menjumpai Rye dan berlakulah kejarmengejar. Mujurlah pihak polis sampai tepat pada masanya dan penjenayah itu telah ditangkap. Rye sempat menghadiri pertandingan itu dan mereka telah memenanginya.

        Selepas tamat sekolah menengah mereka ingin mencari pusat tuisyen untuk mengambil peperiksaan memasuki universiti. Mereka semua telah lulus dan diterima ke universiti. Rye secara tidak sengaja telah melanggar sekumpulan pelajar lelaki yang turut berada disitu yang perwatakkannya seperti samseng...


to be continued.

No comments:

Post a Comment