Thursday, March 26, 2015

~GO SHOP~



          Sape taw pasal GO SHOP?? Rasanya ramai yang dah tahu...Alah pasal home shopping network yang disiarkan oleh pihak astro kat channel 118 tu... Kami sekeluarga sendiri dah banyak kali membeli daripada  go shop nie.Servis dia memang tip top. First time beli kitaorang beli Al-Quran digital.Kat rumah sebenarnya dah ada dah  Al-Quran digital nie tapi mak aku kata version nie lagi canggih dari yang sedia ada.

          Kali kedua pulak kitaoran beli foundation to cool for school dengan chefline frying pan yang x melekat tu Memangg takkan melekat pun kalau buat lempeng / kuih ketayap/ roti jala. takdelah frust je dengan kuali tu. Dan untuk beberapa minggu jugaklah demam kuih ketayap melanda mak aku...hahaha

          Untuk kali ketiga pulak ayah aku tempah magic saw ngan Liole egg pack. Kalau tak salh gergaji tu memang kitaorang recommend kat ayah aku suruh beli tapi egg pack tu tak tawlah macam mane dia boleh berminat pulak nak beli. Tapi aku pahamlah sebab cara penggacara tu buat demo kat tv tu kalau tak cukup iman memang semua barang nak sapu. Tapi tupun kalau mulus cukuplah.


          Dan baru je pagi tadi tempahan steam Q iron kitaorang sampai. Bukak je kotak pembungkus kitaorang terus try test  tak sabar langsung.Object pertama carpet kat ruang tamu rumah aku. Sebab carpet tu jenis berbulu jadi meman sesuai sangat. Satu carpet tu aku steamkan ..haha. mak aku plak lepas tu terus je iron 2-3 pasanggg baju kurung cotton dia nak tengok ok ke x..Ok tu memanglah ok tapi lepas dah steam 2 pasang baju kenalah refill air dia balik.

           So far kami sekeluarga berpuas hati dengan perkhidmatan GO SHOP nie. lagipun sistem dia mesra pengguna.Kalau dulu kita boleh order guna henpon je sekarang nie dah boleh guna pc dan internet. Ingat je nombor 1800820088. website dia aku x ingatlah pulak. operator dia akan layan kita dan untuk kali pertama dia akan tanya maklumat diri kita dan beberapa kata kunci yang kita je taw. Untuk yang dekat dia akan hantar sampai kat rumah barang tu tapi untuk yang jauh macam kami nie perlulah ambil kat pusat GDEX berhampiran. Dalam 3 hari conform sampai. Kami biasanya bayar cash je tapi GO SHOP ada menawarkan  bayaran ansuran melalui kad kredit maybank . tanpa faedah lagi. ikutlah kesesuaian dan kemampuan kita. jadi tuk lebih banyak barang2 yang menarik ,up to date dan berkualiti tune in to channel 118. :)

No comments:

Post a Comment