Tuesday, March 31, 2015

Freshie's HIgh School part 1



       
        Aon, Nathalie, Bo, Nan dan Dream adalah sekumpulan pelajar perempuan yang nakal bersama-sama dengan beberapa kawan lelaki seperti Ong, Tim dan Art. Mereka semua belajar di kelas yang sama iaitu 6E. Mereka selalu menjadi masalah kepada pihak sekolah. Rye merupakan seorang pelajar lelaki yang ditinggalkan ibunya sejak berumur tujuh tahun. Dia tinggal bersama ayahnya En. Aran seoran pelakon terkenal. Rye selalu berpindah sekolah kerana selalu bergaduh dengan rakan sekolahnya.Hari itu, sekali lagi dia dibuang sekolah kerana menumbuk 3 orang pelajar hingga pengsan. Ayahnya terpaksa mencari sebuah sekolah baru.

        Semasa ingin mendaftar di sekolah baru iaitu disekolah yang sama Aon dan rakan2nya belajar, ayah Rye hampir melanggar Aon. Aon yang marah menendang kereta En. Aran.Rye diterima masuk disekolah itu dan ditempatkan di kelas 6E.

        Aon dan kawan-kawannya suka membuli guru-guru di sekolah dengan pelbagai cara. keran itu, pengetua  sekolah itu terpaksa meminta seorang guru untuk menjadi guru penasihat kelas itu.Beberapa hari kemudian cikgu Yani tiba dan dia telah terserempak dengan Aon dan kawan perempuanya sedang memanjat keluar pagar sekolah.Aon telah memberikan cikgu Yani 50 bath untuk mengawasi keadaan sekitar .

        Selepas melaporkan diri, keesokkannya dia telah pergi ke kelas 6E untuk mengajar. Aon menyangkakan cikgu Yani adalah ibu kepada pelajar kelasnya.Selepas memperkenalkan diri sebagai guru, Aon mula mencari helah dan telah melekatkan gula2 getah pada baju cikgu YaniCikgu Yani memberikan cadangan kepada pengetua supaya murid kelas 6E menjadi pengacara radio di sekolah. Semua pelajar kelas 6E mengambil bahagian kecuali Aon dan Rye.Cikgu Yani telah mengambil keputusan supaya Aon dan Rye menjadi pasangan yang bertugas.

        Jeff adalah pelajar lelaki yang meminati Aon tetapi tidak dilayan.Jeff telah memberikan Aon coklat tetapi Nathalie telah mengambil coklat itu dan memberikannya kepada Rye. Jeff yang nampak coklat itu berada di tangan telah mencari gaduh dengan Rye. Rye yang tidak dapat menahan sabar menumbuk Jeff tetapi terkena Aon yang mencelah pada ketika itu. Rye meminta maaf kepada Aon.

        Keesokkannya Jeff menggelar Rye pondan kerana hanya pandai menumbuk perempuan . Rye hilang sabar dan menumbuk Jeff hingga pengsan. Aon dan kawan2nya menyaksikan kejadian itu. Selepas pulang ke rumah Rye marah kepada teman wanita ayahnya kerana memakai baju ibunya . Dia teah pergi kerumah lama mereka . Rye tidak pulang kerumah dan tidak hadir ke sekolah selama beberapa hari. Ini menimbulkan kerisauan kepada cikgu Yani.

        Nathalie dan Aon telah pergi ke kedai VCDdan Nathalie telah mencuri VCD disitu.Malangnya mereka ditangkap dan dibawa ke balai plis. Ibu Nathalie telah menjamin Nathalie dan Aon tidak dapat dibebaskan kerana ibu bapanya telah pergi ke luar negara.Nan yang tahu kejadian itu telah menelefon cikgu Yani Cikgu Yani membebaskan Aon dan mencari Rye di kelab tempatnya menyanyi. Rye bersetuju untuk kembali kesekolah setelah dipujuk.

        Esok merupakan hari Rye dan Aon bertugas. Mereka telah bertengkar semasa mengacarakan radio tersebut dan malangnya disiarkan di seluruh sekolah.Cikgu Yani telah menubuhkan kelab muzik dan kerana kejadian yang tidak disangka cikgu Yani telah meletak jawatan. Cikgu Yani dan pengetua telah berjanji untuk mengadakn konsert jika pelajar kelas 6E lulus semua matapelajaran. Mereka semua lulus dan pengetua telah membenarkan mereka mengadakn konsert sekaligus menrima kembali cikgu Yani.

        Selepas konsert mereka telah dihantar oleh pengetua ke sebuah pulau.Disini terdapat puak pondan diseberang bukit. Jeff dan Jaja telah ditangkap. Aon Rye dan kawannya cuba menyelamatkan mereka tetapi gagal. Mereka semua telah diselamatkan oleh cikgu Yanidan ketua puak yang bertanggungjawab menjaga mereka.

        Disinilah bermulanya episod percintaan Rye dan Aon. Kif , bintang sekolah yang menyukai Rye mengundurkan diri setelah menyedari Rye dan Aon saling menyukai.

        Rye telah terlibat dengan kumpulan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak polis. Disekolah Rye dan kumpulanmereka menyertai pertandingan muzik. Penjenayah itu ingin menangkap dan membunuhnya.Rye telah nekad pergi bertanding dengan mengambil risiko.Ayahnya pergi bersama demi keselamatannya. Disekolah penjenyah itu menjumpai Rye dan berlakulah kejarmengejar. Mujurlah pihak polis sampai tepat pada masanya dan penjenayah itu telah ditangkap. Rye sempat menghadiri pertandingan itu dan mereka telah memenanginya.

        Selepas tamat sekolah menengah mereka ingin mencari pusat tuisyen untuk mengambil peperiksaan memasuki universiti. Mereka semua telah lulus dan diterima ke universiti. Rye secara tidak sengaja telah melanggar sekumpulan pelajar lelaki yang turut berada disitu yang perwatakkannya seperti samseng...


to be continued.

mak!!! adik nak kurus...



        Bila scroll aje facebook banyak betul iklan-iklan produk pelangsingan badan. Ada yang kurus guna cara detox, telan pil , produk yang membersihkan usus. Ada juga yang tampal pun boleh tak kurang juga cuma spray sahaja. Menjadi ke tidak aku tak tahulah tapi respon daripada yang guna macam ok je. Kadang-kadang tu tergerak jugak hati  nak pm je pengiklan2 tu semua. Maklumlah  perempuan, memang tak lari dari benda-benda nie semua. Dah lumrah manusia, semua nak cantik semua nak kurus.

        Tapi tahu tak kita menurut kajian perempuan nie susah nak kurus tapi senang pula nak gemuk. Kenapa?? Salah satu sebabnya adalah metabolisma.Secara genetiknya perempuan mempunyai lebih banyak enzim penyimpanan lemak berbanding lelaki yang mempunyai lebih banyak enzim pembakaran lemak.

        Pada masa dahulu bentuk badan yang ramping bukanlah satu keperluan. Lelaki perlu lincah dan pantas untuk memburu makanan. Jadi kadar enzim pembakaran lemak lelaki adalah lebih tinggi. Berbanding dengan perempuan yang secara genetiknya  akan menyimpan lemak untuk meneruskan kelangsungan hidup dan menjaga anak-anak. Perempuan dicipta untuk mengumpul sebanyak mana lemak yang mungkin  dan tidak akan kehilangan lemak tersebut walaupun melahirkan anak, menyusu badan dan mengandung. Estrogen dalam badan kita juga akan menyebabkan enzim penyimpanan lemak berganda menyebabkan berat bertambah disekitar punggung dan paha. Diet yang salah dengan berlapar akan menyebabkan enzim pembakaran lemak kita juga berkurang sebanyak 50%. Secara amnya Kita perempuan dicipta untuk survive bukannya untuk nampak cantik.

        Tapi dengan berlalunya masa , situasi mula berubah. Pengaruh media sosial terutamanya telah menjustifikasikan bahawa perempuan yang cantik adalh perempuan yang cantik dan kurus dan lelaki perlulah berotot.Disebabkan idea-idea yan ditanamkan kepada kita inilah semakin ramai yang berlumba-lumba untuk menguruskan badan. Fenomena ini bukanlah sesuatu yang buruk tetapi adakah cara yang digunakan adalah selamat?? fikir-fikirkanlah...

p/s: nasihat tuk batang hidung sendiri jugak

       

Sunday, March 29, 2015

Kaki novel

Kalau nak kategorikan aku sebagai kaki novel, aku sendiri sebenarnya bukanlah kaki novel yang tegar.Tu bagi akulah. Tapi kalau dapat satu novel kat tangan tu memnag akan rasa macam nak habiskan hari tu jugak. Yelah jalan cerita novel nie sebenarnya lagi seronok daripada cerita-cerita melayu kat tv. Lagipula kalau kita perasan trend sekarang nie semua cerita yang meletop rating dia adalh daripada adaptasi novel.Jujur aku bukannya peminat cerita melayu tapi sejak diorang buat adaptasi novel nie meekat jugaklah kat depan tv terutamanya TV3 pukul 7.00 mlm tu.
          Rasanya trend adaptasi novel nie bermula dari ombak rindu kot. Aku tak pastilah tapi tulah rasanya adaptasi novel yang first meletop. Tapi satu je kekurangan dia, kalau aku dah baca versi novel cerita tu bila tengok kat tv rasa macam ada je yang kurang .Maybe sebab ada scene yang dia cut untuk make sure lebih sesuai dengan bilangan episode kot. Adaptasi nie tak semestinya 100% novel kita kita lakonkan blk ..nama pun ADAPTASI... ye dok??
        
        Ok berbalik pada tajuk pilihan kita hari nie , bila sseorang tu memang fit untuk kita gelarkan sebagai kaki novel , perkara pertama kita boleh tahu bila tengok koleksi dia. Conform penuh satu rak buku. Kalau yang taksub sangat memang jaga betul-betul. Yelah sampai helaian dia berlipat pun tak boleh.Dan satu fakta yangg pasti kebanyakkan kaki novel nie adalah perempuan jadi tak hairanlah kalau  tahap dia jaga novel dia tu ekstrem sangat.

         So walaupun bukanlah peminat tegar, tapi aku adalh koleksi novel aku sendiri. Tu pun aku beli sebab nak habiskan baucer buku  1M. Yelah setiap semester tak semua subject kena beli buku baru dan kebanyakkan student lagi suka print slide lecture. Murah pun murah. So demi nak menghabiskan baucer buku tulah kami beli novel. Sesetengah tempat je yang benarkan, jadi pandai- pandailah pilih tempat yang agak fleksible. Tapi sebab nak cepat kadang2 main ambik je apa2 novel yang aku rasa best. Dapat yang best untung yang kurang gak nasiblah. So dalam koleksi novel aku nie aku boleh cakap ada satu novel yang paling aku suka dan rasanya novel first yang aku beli kot. Klu nak recommend memang yang nie top of the list lah. Tajuk dia 'CINTA KONTRAK'
Maybe sebab target umur pembaca adalah remaja so para remaja dapat menyelami setiap karakter yang ditonjolkan dalam novel nie. Penulis dia pun baru je umur 18 tahun masa novel nie ditulis. memang tabiklah...

       Bagi aku baca novel nie ada baik ada buruknya jugak. contoh yang baik kita boleh memperbaiki penggunaan bahasa malaysia kita jugak. Maklumlah lepas SPM  dah takde dah test BM yang ada pun test BI seperti MUET dan TESC kecualilah kalau student tu ambik BM sebagai major dia. Aku contohnya sebagai student engineering kami straight to the point je. Xperlulah ayat yang berbunga.Asalkan jawapan betul struktur bahasa tu bukan masalah besar pun. Jadi kalu perasan memang ayat aku berterabur sikit...hahah

      
      Tapi apa2 pun daripada buat benda2 yang tak berfaedahlebih baiklah membaca. kalu tak baca novel pun banyak lagi bahan bacaan lain. sekurang-kurangnya ilmu kita bertambah... X gitu??

Thursday, March 26, 2015

~GO SHOP~



          Sape taw pasal GO SHOP?? Rasanya ramai yang dah tahu...Alah pasal home shopping network yang disiarkan oleh pihak astro kat channel 118 tu... Kami sekeluarga sendiri dah banyak kali membeli daripada  go shop nie.Servis dia memang tip top. First time beli kitaorang beli Al-Quran digital.Kat rumah sebenarnya dah ada dah  Al-Quran digital nie tapi mak aku kata version nie lagi canggih dari yang sedia ada.

          Kali kedua pulak kitaoran beli foundation to cool for school dengan chefline frying pan yang x melekat tu Memangg takkan melekat pun kalau buat lempeng / kuih ketayap/ roti jala. takdelah frust je dengan kuali tu. Dan untuk beberapa minggu jugaklah demam kuih ketayap melanda mak aku...hahaha

          Untuk kali ketiga pulak ayah aku tempah magic saw ngan Liole egg pack. Kalau tak salh gergaji tu memang kitaorang recommend kat ayah aku suruh beli tapi egg pack tu tak tawlah macam mane dia boleh berminat pulak nak beli. Tapi aku pahamlah sebab cara penggacara tu buat demo kat tv tu kalau tak cukup iman memang semua barang nak sapu. Tapi tupun kalau mulus cukuplah.


          Dan baru je pagi tadi tempahan steam Q iron kitaorang sampai. Bukak je kotak pembungkus kitaorang terus try test  tak sabar langsung.Object pertama carpet kat ruang tamu rumah aku. Sebab carpet tu jenis berbulu jadi meman sesuai sangat. Satu carpet tu aku steamkan ..haha. mak aku plak lepas tu terus je iron 2-3 pasanggg baju kurung cotton dia nak tengok ok ke x..Ok tu memanglah ok tapi lepas dah steam 2 pasang baju kenalah refill air dia balik.

           So far kami sekeluarga berpuas hati dengan perkhidmatan GO SHOP nie. lagipun sistem dia mesra pengguna.Kalau dulu kita boleh order guna henpon je sekarang nie dah boleh guna pc dan internet. Ingat je nombor 1800820088. website dia aku x ingatlah pulak. operator dia akan layan kita dan untuk kali pertama dia akan tanya maklumat diri kita dan beberapa kata kunci yang kita je taw. Untuk yang dekat dia akan hantar sampai kat rumah barang tu tapi untuk yang jauh macam kami nie perlulah ambil kat pusat GDEX berhampiran. Dalam 3 hari conform sampai. Kami biasanya bayar cash je tapi GO SHOP ada menawarkan  bayaran ansuran melalui kad kredit maybank . tanpa faedah lagi. ikutlah kesesuaian dan kemampuan kita. jadi tuk lebih banyak barang2 yang menarik ,up to date dan berkualiti tune in to channel 118. :)

Friday, March 6, 2015

kek batik

first time aq taw pasal resepi nie adalah daripada kwn aq. masa tu aq tgh pening kepala nak siapkan satu assignment daripada lect food tech kitaorang. kitaorang kena buat satu video proses pembuatan makanan daripada awal sehingga akhir. kitaorg boleh rakam video masa buat lawatan ke kilang makanan , masak sendiri n rakam ataupun sediakan secara lengkap semua proses yang terlibat termasuk energy yang diperlukan...

haha disebabkan memang kitaorg malas sikit so kitaorg pilih masak sendiri.tgh2 pening nak masak ape n macam mane sbb kitaorg duk hostel jadi peralatan yang ada cumalah rice cooker, kawan aq bagi idea tuk cuba buat kek batik nie. bahan dan cara dia sangat simple dan kitaorg boleh je buat guna rice cooker legend kwn aq tu.

 so bahan2 yg diperlukan:
(yang nie pun kitaorg google n tgk youtube)

✿ Biskut Marie  (2 mangkuk )
✿ susu pekat (separuh)*ikut suka nak letak banyak mana
✿ Milo  (1 mangkuk)
✿ Marjerin  (1/2 bekas)

cara2 nak buat:
✿ patah-patahkan biskut Marie...
✿  Panaskan kuali *gunakan api perlahan
✿ Masukkan susu pekat, Milo & Marjerin tadi dan kacau…
bila semuanyer dah sebati ..
* time ni kalo rasa tak cukup bahan seperti susu, marjerin dengan milo nak tambah boleh tambah
✿  Masukkan Biskut dan kacau
sape yang suka kek dia crunchy jangan lama sangat kacau …nanti biskut tu lembik pulak
✿  Kacau sampai semua biskut tu dah bersalut ngan coklat.. ✿  Masukkan kedalam loyang.
(tapi kitaorg mskkn dlam plastik kedap je sbb xde loyang)✿  Tekan-tekankan  adunan tadi sampai semua mampat lePastu….
✿ sejukkan dalam peti ais.. …2 ke 3 jam gitu dah boleh makan…