Aon, Nathalie, Bo, Nan dan Dream adalah
sekumpulan pelajar perempuan yang nakal bersama-sama dengan beberapa kawan
lelaki seperti Ong, Tim dan Art. Mereka semua belajar di kelas yang sama iaitu
6E. Mereka selalu menjadi masalah kepada pihak sekolah. Rye merupakan seorang
pelajar lelaki yang ditinggalkan ibunya sejak berumur tujuh tahun. Dia tinggal
bersama ayahnya En. Aran seoran pelakon terkenal. Rye selalu berpindah sekolah
kerana selalu bergaduh dengan rakan sekolahnya.Hari itu, sekali lagi dia
dibuang sekolah kerana menumbuk 3 orang pelajar hingga pengsan. Ayahnya
terpaksa mencari sebuah sekolah baru.
Semasa
ingin mendaftar di sekolah baru iaitu disekolah yang sama Aon dan rakan2nya
belajar, ayah Rye hampir melanggar Aon. Aon yang marah menendang kereta En.
Aran.Rye diterima masuk disekolah itu dan ditempatkan di kelas 6E.
Aon
dan kawan-kawannya suka membuli guru-guru di sekolah dengan pelbagai cara.
keran itu, pengetua sekolah itu terpaksa
meminta seorang guru untuk menjadi guru penasihat kelas itu.Beberapa hari
kemudian cikgu Yani tiba dan dia telah terserempak dengan Aon dan kawan
perempuanya sedang memanjat keluar pagar sekolah.Aon telah memberikan cikgu
Yani 50 bath untuk mengawasi keadaan sekitar .
Selepas
melaporkan diri, keesokkannya dia telah pergi ke kelas 6E untuk mengajar. Aon
menyangkakan cikgu Yani adalah ibu kepada pelajar kelasnya.Selepas
memperkenalkan diri sebagai guru, Aon mula mencari helah dan telah melekatkan
gula2 getah pada baju cikgu YaniCikgu Yani memberikan cadangan kepada pengetua
supaya murid kelas 6E menjadi pengacara radio di sekolah. Semua pelajar kelas
6E mengambil bahagian kecuali Aon dan Rye.Cikgu Yani telah mengambil keputusan supaya
Aon dan Rye menjadi pasangan yang bertugas.
Jeff
adalah pelajar lelaki yang meminati Aon tetapi tidak dilayan.Jeff telah
memberikan Aon coklat tetapi Nathalie telah mengambil coklat itu dan
memberikannya kepada Rye. Jeff yang nampak coklat itu berada di tangan telah
mencari gaduh dengan Rye. Rye yang tidak dapat menahan sabar menumbuk Jeff
tetapi terkena Aon yang mencelah pada ketika itu. Rye meminta maaf kepada Aon.
Keesokkannya
Jeff menggelar Rye pondan kerana hanya pandai menumbuk perempuan . Rye hilang
sabar dan menumbuk Jeff hingga pengsan. Aon dan kawan2nya menyaksikan kejadian
itu. Selepas pulang ke rumah Rye marah kepada teman wanita ayahnya kerana
memakai baju ibunya . Dia teah pergi kerumah lama mereka . Rye tidak pulang
kerumah dan tidak hadir ke sekolah selama beberapa hari. Ini menimbulkan
kerisauan kepada cikgu Yani.
Nathalie
dan Aon telah pergi ke kedai VCDdan Nathalie telah mencuri VCD disitu.Malangnya
mereka ditangkap dan dibawa ke balai plis. Ibu Nathalie telah menjamin Nathalie
dan Aon tidak dapat dibebaskan kerana ibu bapanya telah pergi ke luar
negara.Nan yang tahu kejadian itu telah menelefon cikgu Yani Cikgu Yani
membebaskan Aon dan mencari Rye di kelab tempatnya menyanyi. Rye bersetuju
untuk kembali kesekolah setelah dipujuk.
Esok
merupakan hari Rye dan Aon bertugas. Mereka telah bertengkar semasa
mengacarakan radio tersebut dan malangnya disiarkan di seluruh sekolah.Cikgu
Yani telah menubuhkan kelab muzik dan kerana kejadian yang tidak disangka cikgu
Yani telah meletak jawatan. Cikgu Yani dan pengetua telah berjanji untuk
mengadakn konsert jika pelajar kelas 6E lulus semua matapelajaran. Mereka semua
lulus dan pengetua telah membenarkan mereka mengadakn konsert sekaligus menrima
kembali cikgu Yani.
Selepas
konsert mereka telah dihantar oleh pengetua ke sebuah pulau.Disini terdapat
puak pondan diseberang bukit. Jeff dan Jaja telah ditangkap. Aon Rye dan
kawannya cuba menyelamatkan mereka tetapi gagal. Mereka semua telah
diselamatkan oleh cikgu Yanidan ketua puak yang bertanggungjawab menjaga
mereka.
Disinilah
bermulanya episod percintaan Rye dan Aon. Kif , bintang sekolah yang menyukai
Rye mengundurkan diri setelah menyedari Rye dan Aon saling menyukai.
Rye
telah terlibat dengan kumpulan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak polis.
Disekolah Rye dan kumpulanmereka menyertai pertandingan muzik. Penjenayah itu
ingin menangkap dan membunuhnya.Rye telah nekad pergi bertanding dengan
mengambil risiko.Ayahnya pergi bersama demi keselamatannya. Disekolah penjenyah
itu menjumpai Rye dan berlakulah kejarmengejar. Mujurlah pihak polis sampai
tepat pada masanya dan penjenayah itu telah ditangkap. Rye sempat menghadiri
pertandingan itu dan mereka telah memenanginya.
Selepas
tamat sekolah menengah mereka ingin mencari pusat tuisyen untuk mengambil
peperiksaan memasuki universiti. Mereka semua telah lulus dan diterima ke
universiti. Rye secara tidak sengaja telah melanggar sekumpulan pelajar lelaki
yang turut berada disitu yang perwatakkannya seperti samseng...
to be continued.